Untuk pendaftaran kelas, jemputan ceramah, kursus dan seminar, sila hubungi:
FAST LEARNING ASSOCIATES
No. 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Faks : 03-32246280 Mobile : 013-2092280 Email : motivasi5k@yahoo.com Blog : http://motivasi5k.blogspot.com/

Kelas Intensif Musim Cuti Nov-Dis 2010

DARI 22Nov. - 23Dis. 2010 (5 Minggu / 20 hari)
Isikan masa cuti persekolahan anak anda dengan Kelas Intensif Musim Cuti. Pilihlah kelas-kelas yang bersesuaian dengan keperluan anak anda. Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan sesi persekolahan 2011.
Kelas-kelas yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PINTAR BACA

Amat sesuai untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun dan 7 tahun ke atas tetapi masih belum boleh membaca atau lambat membaca. Menggunakan kaedah fonetik. Mudah diikuti dan difahami.
Subjek : BM dan BI     Hari : Isnin-Khamis     Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh
Subjek : BM, BI dan Jawi      Hari : Isnin-Khamis     Masa : 9.00 pg - 1.00 tgh

2. PENGUKUHAN KBSR TH 2, 3, 5 dan 6

Kelas pengukuhan ini memberi tumpuan kepada aspek penguasaan topik dan latihan pengukuhan mengikut tahun pembelajaran. Amat sesuai untuk murid-murid tahun 2, 3, 5 dan 6 pada tahun 2011.
Subjek : BM, BI, Math dan Sc    
Hari : Isnin-Khamis    Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh

3. AL-BARQY

Kelas asas membaca al-Quran ini dibimbing oleh seorang guru yang mendapat keizinan mengajar terus daripada pengarang asal kitab al-Barqy. Satu kaedah belajar membaca al-Quran yang mudah diikuti dan difahami. Mereka yang tamat mengikuti kelas ini boleh terus memasuki kelas Tajwid al-Barqy dan al-Quran pada tahun hadapan.
Subjek : Al-Barqy     Hari : Isnin-Khamis     Masa : 3.00 - 4.00 ptg
Subjek : Al-Quran    Hari : Isnin-Khamis     Masa : 4.00 - 5.00 ptg

4. HAFAZAN

Terbuka kepada kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas dan telah boleh membaca al-Quran. Tumpuan kelas adalah kepada hafalan surah-surah pilihan, surah-surah lazim, wirid selepas solat dan doa-doa harian.
Hari : Isnin-Khamis     Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh

YURAN

Pendaftaran : RM 20.00
Yuran
(Termasuk buku/nota, alat tulis dan sijil)
  1. Pintar Baca   BM dan BI : RM 250.00
  2. Pintar Baca  BM, BI dan Jawi : RM 350.00
  3. KBSR  Th 2,3,5,6  BM,BI,Math dan Sc : RM 300.00
  4. Al-Barqy/Al-Quran : RM 150.00
  5. Hafazan : RM  250.00
Pendaftaran dibuka sekarang! Terhad kepada 18 orang per kelas. Daftar akhir pada hari Isnin 22/11/2010. Taklimat kelas untuk ibu bapa pada jam 8.30 pagi. Kelas bermula jam 9.00 pagi. Bayaran penuh hendaklah dibuat sewaktu pendaftaran. Daftar melalui SMS : Sila taip NAMA <jarak> UMUR PADA 2010 <jarak> KELAS PILIHAN dan hantar ke 013-2092280

Tiada ulasan:

Catat Ulasan