Untuk pendaftaran kelas, jemputan ceramah, kursus dan seminar, sila hubungi:
FAST LEARNING ASSOCIATES
No. 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Faks : 03-32246280 Mobile : 013-2092280 Email : motivasi5k@yahoo.com Blog : http://motivasi5k.blogspot.com/

SEMINAR RAHSIA MUMTAZ

LATAR BELAKANG SYARIKAT
Program Fast Learning telah bemula pada tahun 1998. Pada ketika itu, ia dikendalikan di bawah syarikat Rampai Kencana Seleksi Sdn Bhd. Fast Learning telah didaftarkan atas nama Fast Learning Associates pada 14 Januari 2005. Aktiviti utama Fast Learning ialah memberi perkhidmatan mengendalikan kursus, seminar, dan motivasi.

MATLAMAT
Menjadi sebuah institusi pendidikan dan latihan yang unggul.

MOTO
Ke arah Generasi Intelek

TAJUK  SEMINAR
Rahsia Mumtaz

OBJEKTIF
Selepas mengikuti kursus ini, murid-murid akan dapat:
1.      Mengenalpasti ciri-ciri murid mumtaz.
2.      Mengamalkan cara belajar yang mudah dan berkesan.
3.      Menyediakan jadual belajar yang mudah diikuti.
4.      Menentukan matlamat peperiksaan.

KANDUNGAN
Antara lain, kandungan seminar ini akan meliputi:
1.      Mengapa Mesti Belajar
2.      Hebatnya Murid Mumtaz.
3.      Rahsia Belajar dan Ingat.
4.      Adab Murid terhadap Guru.
5.      Menyediakan Jadual Belajar.
6.      Menentukan matlamat peperiksaan.
JANGKA MASA SEMINAR
1.      Sehari (6 jam) bermula dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang, atau
2.      Setengah hari  (2 ½ jam) bermula dari jam 2.30 – 5.00 petang / 9.00 - 11.30 pagi

KUMPULAN SASARAN
Sasaran ini amat sesuai untuk murid-murid tahun 5 dan 6 Sekolah Rendah Agama (SRA),  SRA Integrasi dan KAFA Integrasi yang akan menduduki peperiksaan PSRA. Jumlah peserta adalah mengikut keperluan penganjur.

TEMPAT SEMINAR
Bilik kuliah atau dewan yang bersesuaian.

METODOLOGI
Di antara metodologi yang akan digunakan ialah syarahan, latihan, dan perbincangan.

PELABURAN

Kadar Pelaburan Seminar Rahsia Mumtaz di dalam negeri Selangor adalah:
      bagi sekolah-sekolah di daerah Sabak Bernam
1.      Sehari                                                 : RM 600.00 
2.      Setengah hari (pg/ptg)                       : RM 250.00
bagi sekolah-sekolah di luar daerah Sabak Bernam
1.      Sehari                                                 : RM 750.00 
2.      Setengah hari (pg/ptg)                       : RM 350.00
*Tambahan RM 1.00 / murid untuk fail dan nota seminar

PELANGGAN KAMI
Di antara pelanggan kami ialah  Baitul Ehsan Sabak Bernam , Lembaga Zakat Selangor, PERKIM Daerah Sabak Bernam, Persatuan Nelayan Kawasan Sg Besar, Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah, SK Abdul Samat Kapar, SK Parit 6 Sg Besar , SK Simpang 5 Sg Besar, Smart Paradise Corporation Sdn Bhd, SMK Dato' Mustaffa Pasir Panjang, SRA Sg Hj Dorani, SRA Sg Limau, Total Manpower Solution Consultant
BIODATA JURULATIH UTAMA
Kamarudin bin Sulaiman, berkelulusan Ijazah Doctor Of Medicine (Medicina Alternativa).  Diploma Of Shiatsu, dan Licenciate Certificate In Homoeopathy daripada Institut Traditional Medicines – International, Malaysia affiliated The Open International University for Complementary Medicines.

Memiliki Diploma In Public Administration daripada Institut Teknologi MARA,  Diploma Pengajian Al-Quran daripada Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam, Certificate Teacher of Adults daripada St. Lawrence College Saint-Laurent Canada, dan Sijil Pengurusan Perniagaan Kecil daripada National Productivity Corporation (NPC). Memiliki tauliah mengajar al-Quran dan memberi  ceramah motivasi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Selain itu, beliau juga telah mendapat latihan khusus dalam bidang motivasi dan kejurulatihan sejak tahun 1990an lagi. Di antara kursus-kursus T.O.T. yang telah dihadiri ialah Kursus Jurulatih Motivasi Keusahawanan daripada Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Kursus ' Training Of Trainers' INFRA daripada Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kursus Fasilitator/Ketua Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dan Kursus Pemikiran Keseluruhan Otak Untuk Master Trainer daripada Pusat Pembangunan Minda.

Berpengalaman sebagai pengurus, pentadbir, pegawai latihan, jurulatih, pengamal perubatan alternatif, dan usahawan. Kini sebagai Pengarah Urusan Fast Learning Associates. Beliau merupakan Jurulatih Utama Program Rahsia Mumtaz, Pintar Belajar, Keibubapaan, Kepemimpinan, Kesihatan dan Keusahawanan. Di antara kelas-kelas yang dikendalikan ialah Cepat Baca, Al- Barqy, Tajwid Al- Barqy dan Al-Quran.

Beliau juga merupakan seorang pengamal perubatan alternatif yang aktif khususnya dalam bidang homeopati, shiatsu, dan refleksologi sejak tahun 1990an. Mulai tahun 2010, beliau turut bergiat aktif dengan rawatan pinggan putih dan terapi rukyah syariyyah.


ALAMAT PERHUBUNGAN
FAST LEARNING ASSOCIATES
NO 14, JLN PP 1/2, TAMAN PADU PERMAI,
45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR
TEL / FAKS : 03-32246280   HP : 013-20922280
Email        : motivasi5k@yahoo.com    Blog   :http://motivasi5k.blogspot.com

KELAS AL-QURAN (Dewasa)

Pengambilan Januari mulai 3/1/2011

Tahukah anda bahawa masih ramai orang dewasa dan warga tua Islam yang masih tidak tahu membaca al-Quran. Jika tahu membaca pun, bacaannya masih belum betul dan lancar. Yang paling menyedihkan ialah ramai juga para graduan pengajian Islam yang masih belum mahir membaca al-Quran. Jangan putus asa. Kami sedia membantu anda dengan mengikuti kelas-kelas berikut:

KELAS AL-QURAN (Remaja)

Pengambilan Januari mulai 3/1/2011

Masalah remaja masakini memang memeningkan kepala ibu bapa. Pengaruh intenet, handphone dan game amat merugikan masa mereka. Melepak, merempit dan menghisap rokok sudah tidak terkawal. Jika anak anda menghadapi masalah sebegini, jangan putus asa. Berdoalah agar mereka balik ke pangkal jalan. Hantarlah mereka ke kelas al-Quran. Mudah-mudahan hati mereka akan semakin bersih dan semakin berakhlak mulia.

KELAS AL-QURAN (Kanak-Kanak)

Pengambilan Januari mulai 3/1/2011

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Itulah perpatah Melayu turun temurun. Memang benar. Jika hendak mengajar anak membaca al-Quran, ajarlah dari kecil lagi. Jika anda mampu untuk mengajar sendiri, itu adalah yang terbaik. Jika tidak, kami sedia membantu anak anda belajar membaca al-Quran dari asas membaca al-Quran hinggalah kepada membaca al-Quran. Daftarlah sekarang!

Kelas Cepat Baca (7 th ke atas)

Mulai 10/1/2011

Anak anda sudah bersekolah? Bolehkah mereka membaca dengan baik. Jika tidak, jangan biarkan masalah ini berlarutan. Kelak akan mengganggu pelajaran mereka. Hantar mereka segera ke Kelas Cepat Baca. Terbuka kepada murid-murid sekolah kebangsaan yang berumur 7 tahun ke atas tetapi masih belum boleh membaca, lambat membaca atau tidak faham apa yang dibaca.

Kelas Cepat Baca (Umur 5-6 th)

Mulai 10/1/2011

Jika anak anda sedang belajar di pra-sekolah, teruskan. Ini kerana mereka akan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Tetapi bolehkah anak anda membaca? Jika tidak, hantarlah mereka ke Kelas Cepat Baca. Kelas ini disediakan khusus untuk kanak-kanak pra-sekolah berumur 5-6 tahun yang masih tidak tahu mambaca, lambat membaca dan tidak faham apa yang dibaca..

Kelas Intensif Musim Cuti Nov-Dis 2010

DARI 22Nov. - 23Dis. 2010 (5 Minggu / 20 hari)
Isikan masa cuti persekolahan anak anda dengan Kelas Intensif Musim Cuti. Pilihlah kelas-kelas yang bersesuaian dengan keperluan anak anda. Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan sesi persekolahan 2011.