Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Itulah perpatah Melayu turun temurun. Memang benar. Jika hendak mengajar anak membaca al-Quran, ajarlah dari kecil lagi. Jika anda mampu untuk mengajar sendiri, itu adalah yang terbaik. Jika tidak, kami sedia membantu anak anda belajar membaca al-Quran dari asas membaca al-Quran hinggalah kepada membaca al-Quran. Daftarlah sekarang!
1. AL-BARQY
Kelas asas membaca Al-Quran ini dikendalikan secara kelas mengikut Kaedah Al-Barqy. Satu kaedah belajar membaca Al-Quran yang mudah diikuti dan difahami. Kelas ini dikendalikan melalui 48 sesi pegajaran dan pembelajaran. Amat sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas.
2. TAJWID AL-BARQY
Ditawarkan kepada kanak-kanak yang telah tamat mengikuti kelas asas membaca Al-Quran samada mengikut Al-Barqy, Qiraati, Muqaddam, Iqra' dan lain-lain. Kelas ini mengutamakan bacaan Al-Quran bertajwid secara amali dengan penerangan yang ringkas melalui 84 sesi pengajaran. Amat sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas.
3. AL-QURAN
Kelas ini disediakan khusus kepada kanak-kanak yang telah tamat mengikuti Kelas Tajwid Al-Barqy dengan memuaskan. Kelas ini dikendalikan secara talaqqi dan musyafahah. Amat sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas.
Subjek Yang Diajar
Subjek yang diajar adalah seperti berikut :
Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran.
Hari dan Masa
Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu & Jumaat.
Masa 5.30-6.30 ptg / 6.00-7.00 mlm / 8.00-9.00 mlm
Kekerapan
4 kali seminggu
Yuran
Pendaftaran RM 20.00
Bulanan Rm 20.00
Buku Bacaan
1. Al-Barqy
2. Tajwid Al-Barqy
3. Al-Quran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan